Tuesday, December 30, 2008

Al-Marhum Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke V




Tahun ini 2008 genap 70 tahun Almarhum meninggal dunia dari tahun mangkat baginda pada 1938. Semoga dicucuri rahmat Allah s.w.t semoga aman damai. Al -Fatihah...buat Almarhum Sultan Sir Ala'eddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke V.(1898-1938) 40 memerintah negeri Selangor Darul Ehsan.


Waris YM.

Mencari waris 5 Hang Laksamana Melaka


Mencari ketenangan jiwa bersantai di tepi pantai bersama-sama waris 5 Hang Laksamana Melaka. Wau-MAS menjadi tanda perginya Laksamana Panglima Leftenan Komander Udara Diraja (1993-1998) yang telah lama meninggalkan waris 5 Hang Laksamana Melaka pada tangga 1998.

Raja asal Negeri Sembilan naik tahta semula...


Tuanku Muhriz dimasyhur
“YAKINLAH beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selepas dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.



KUALA PILAH 29 Dis. – Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman, 86, ayahanda saudara baginda yang mangkat Sabtu lalu.
Pengumuman pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak pada pukul 3.45 petang ini pada majlis penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti.
Tuanku Muhriz sebelum ini merupakan Tunku Besar Seri Menanti. Kesemua putera Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja’afar; Tunku Muda Serting, Tunku Imran Tuanku Ja’afar; dan Tunku Panglima Besar, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar hadir pada istiadat pemasyhuran tersebut, selain Undang Luak Jelebu, Datuk Musa Wahab; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; dan Undang Luak Johol, Datuk Mohd. Jan Abdul Gani.


Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri; kerabat diraja Negeri Sembilan; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pemimpin negeri.


Sebelum itu, kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan sejak semalam untuk menentukan pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar sebelum memutuskan lewat petang ini pemasyhuran Tuanku Muhriz.
Istiadat pemasyhuran yang dimulakan dengan tembakan meriam 32 das diteruskan sebaik sahaja kesemua Putera Yang Empat, Anak Raja Bergelar, Tunku Besar Tampin, Undang Yang Empat memasuki Balairung Seri.


Sejurus semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz, persembahan Mas Manah disampaikan oleh Mubarak, serentak itu tembakan meriam 21 das dilepaskan menandakan termasyhur baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.


Selesai pemasyhuran, doa dibacakan oleh Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad.
Dalam titah Tuanku Muhriz, baginda berjanji akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan penuh keadilan serta menjaga keselamatan rakyat demi kemakmuran negeri ini.


‘‘Yakinlah beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan hamba rakyat serta yang tinggal di seluruh alam Negeri Sembilan ini,” titah Tuanku Muhriz.
Sebelum ini, Tunku Naquiyuddin merupakan pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau dan dua adindanya, Tunku Imran dan Tunku Nadzaruddin turut dipertimbangkan sebagai calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.


Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967.
Baginda diputerakan pada 14 Januari 1948 dan merupakan ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dan Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin serta Sekolah King George V di Seremban.


Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negara di Aldenham School, Elstree, England dan Universiti College of Wales, Aberystwyth, Wales dalam bidang undang-undang.
Tuanku Muhriz berkahwin dengan Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al‘Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin.


Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri lain di negara ini kerana ia mengikut Adat Perpatih yang menyaksikan kuasa penentu diletakkan kepada Undang Yang Empat.


Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semasa pemerintahan ayahandanya, Tuanku Munawir selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Almarhum Tuanku Abdullah, tetapi tidak dipilih kerana baginda terlalu muda iaitu berusia 18 tahun ketika itu.
Sebaik sahaja pemasyhuran Tuanku Muhriz, baginda memperkenankan Istiadat Pemakaman Diraja diteruskan dengan membawa jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar dari Pelambar ke Maharaja Diraja, diiringi 86 das tembakan meriam.

Tuesday, December 23, 2008

Jambatan Terpanjang Di Dunia Selat Melaka

Tahukah anda satu hari nanti ada jambatan terpanjang di dunia di Selat Melaka. Jambatan Selat Melaka dalam kajian kedua-dua buah negara ini di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Indonesia. Pembangunan ini merupakan perintis pembangunan sosial ekonomi kedua-dua wilayah. Pembinaan ini bermula di daerah Kuala Linggi di Melaka sehingga ke daerah Dumai di Sumatera. Jambatan ini mempunyai jarak jambatan terpanjang di dunia dengan jarak 52 kilometer yang menelan belanja kos pembinaan rm35 billion bersamaan AS$ 11 billion.

7 Candangan Jambatan Terpanjang Di Dunia
1. Jabatan ini mempunyai nama jambatan diraja kedua-dua buah negara seperti mana kebanyakan nama jambatan di Malaysia yang mengunakan nama Raja dan tempat pembinaanya. Nama yang diberi adalah Jambatan "Raja Sultan Agong" Selat Melaka.
2. Mempunyai rekabentuk Z dan bercirikan Kegemilangan Tamadun Islam.
3. Mempunyai 4 laluan kapal besar pergi dan Balik.
4. Mempunyai 7 gerbang laluan kapal.
5. Mempunyai ciri-ciri tempat keselamatan kapal yang boleh direkodkan setiap perjalanan kapal pergi dan balik.
6. Mempunyai 4 gerbang laluan kenderaan.
7. Mempunyai tiang asas kota Nabi Sulaiman a.s sebagai simbol Kekuasaan Kekuatan Keimanan Kedamaian Terhadap Allah yang Maha Esa. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah s.w.t dengan berkat doa hambamu yang kerdil ini. Subahanallah...yang baik tu datang dari Allah s.w.t

Monday, December 22, 2008

Kuasa Dunia Abad 21...Tahukah Anda Dimana Letaknya

Kuasa Perang dan Keamanan Di Dunia terletak pada fikiran kita...bangsa kita jika kita mahu melihat keamanan dunia pandanglah 3 Perkara...Pertama Hati yang bersih, kedua Kekuatan Rohani dan Jasmani, ketiga Kekuasaan Bala Tentera kita siap sedia berfungsi menjadi Pertahanan Dunia...Itu baru dikata Kuasa Perang dan Keamanan Negara akan wujud. Maka keamanan Dunia akan dirasai jika kita bersiap sedia dengan kekuatan ketiga-tiga perkara utama yang disebutkan...

Di manakah kuasa dunia sekarang? Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada bangsaku,agamaku yang akan berkuasa di akhir zaman nanti akan muncul di Timur Tenggara Mekah. Jika kita ambil pembaris panjang...kita satu kan 3 titik di antara....Baltumuqaddis, Madinah, Mekah kita akan dapati penghujungnya adalah negara Malaysia. Maka jawapan sudah tertulis sejak zaman Nabi lagi...jadi betullah Wali Allah s.w.t iaitu pemerintahan Iskandar Zulkarnain Makdunia berasaskan Kerajaan Nabi Muhammad s.a.w. Di mana Nabi Muhammad s.a.w adalah Raja Dunia dan mempunyai Kuasa Perang dan mempunyai Kuasa Pendamai Segajat atau Keamanan Dunia.

Sejarah Dunia KUASA DUNIA bermula di Baltumuqaddis (Zaman Kerajaan Raja Sulaiman-Nabi Sulaiman a.s) lepas tu (Zaman Kerajaan Raja Hijaz-Nabi Muhammad s.a.w) lepas tu (Zaman Kerajaan Raja Turki-Sultan Muhammad I) lepas tu (Zaman Kerajaan Kesultanan Melaka-Raja-Raja Malaysia) betul ker ye lah lepas kerajaan Turki jatuh kerajaan Melaka naik...so kita nie zaman apa yer?...Jadi kenalah belajar sejarah negara kita dan dunia. Jadi 3 titik tu betul yer...
So apa yang kita risau...Berdoa moga kita kuat iman dan kuat dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada pemerintahan negara tercinta ini...Malaysia. Nama negara kita terkenal di seluruh dunia...bukan hartanya tapi KETINGGIAN-KETAMADUNAN-KEIKHLASAN gaya hidup kita dihormati di mata pemerintahan lain didunia baik di AS dan Russia.

Abad ke 21...Kita lupa di mana Bumi di Pijak Langit di Jujung

Assalamualaikum...

Hari ini dalam sejarah di mana Negara kita yang bertuah ini masih berdaulat dengan adanya Raja-Raja Kesultanan Melaka dan Raja-Raja Tanah Melayu. Hari ini abad ke 21...Masyarakat mula lupa sejarah Malaysia dan kita lupa dimana Bumi di Pijak Di situ Langit Di Jujung. Adakah kita sedar atau tidak dimana kita berada dibumi bertuah ini aman dan damai...Terfikir kar kita dimanakah kita berada zaman sekarang dan yang penting bumi yang kita pijak....Malay sia.
Bumi Melayu Masyarakat Asia...Malaysia.

Jadi jangan lupa asal usul kita...dimana kita berada...moga Hidup Melayu Tak Kan Hilang di Dunia...Kata Laksamana Hang Tuah...masih kuat kita daulatkan sehingga kini...Janganlah kita mengadai bangsa kita demi kepentingan diri sendiri dan hendak kita bersatu memerintah di negara kita sendiri...dan keamanan negara paling diutamakan...moga hidup aman damai...

Raja lambang payung kepada rakyat, ibarat rakyat itu umpama akar, Raja itu umpama pohonnya, nescaya pohon tiada dapat berdiri.